Labels

Saturday 9 April 2016

Kuiz Powtoon: Ciri-ciri Tumbuhan Yang Menyesuaikan Diri Dengan Iklim dan Perubahan Musim

Bello!

Ini adalah Kuiz Powtoon untuk Ciri-ciri Tumbuhan Yang Menyesuaikan Diri Dengan Iklim dan Perubahan Musim. 

Jika anda BELUM menonton tutorial Powtoon, sila CLICK SAYA :)


Tutorial Powtoon: Ciri-ciri Tumbuhan Yang Menyesuaikan Diri Dengan Iklim dan Perubahan Musim

Bello!


Mari sama-sama menonton Powtoon di bawah untuk memahami ciri-ciri tumbuhan yang menyesuaikan diri dengan iklim dan perubahan musim.





Selepas itu, cuba kuiz Powtoon yang disediakan :)



Monday 28 March 2016

Ciri Khas Haiwan untuk Melindungi Diri Daripada Cuaca Melampau

Kenapa gajah-gajah tersebut mandi dalam lumpur yang kotor???

 

Haiwan hidup dalam pelbagai habitat. Sesetengah haiwan hidup di habitat yang mempunyai cuaca yang melampau, sama ada sangat panas atau sangat sejuk. Bahagian kutub bumi merupakan kawasan yang paling sejuk. Haiwan-haiwan yang tinggal di sana mempunyai ciri-ciri dan kelakuan khas untuk melindungi diri daripada cuaca sejuk. Haiwan yang hidup dalam cuaca yang sejuk adalah seperti beruang kutub, penguin, singa laut, walrus, musang artik dan ikan paus.

CUACA SANGAT SEJUK
Cara hidup haiwan di kawasan sejuk adalah seperti berikut:
1. Berbulu Tebal
Beruang kutub
 Bulu tebal beruang kutub membantu memerangkap haba badan.

2. Lapisan Minyak Yang Tebal


Ikan Paus
Walrus
Singa Laut
Penguin
Ikan paus, walrus, singa laut dan penguin mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulit. Lapisan lemak berfungsi sebagai penebat haba untuk mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran dalam iklim yang sejuk.

Badan mereka juga membakar lemak tersebut untuk mendapat haba semasa berasa sejuk.
3. Telinga Kecil
 
Musang Kutub
Beruang Kutub

Musang kutub dan beruang kutub juga mempunyai telinga kecil untuk mengurang kehilangan haba badan.

4. Berhijrah

Burung Layang-layang

Burung layang-layang akan berhijrah ke tempat yang lebih panas semasa musim sejuk dan terbang kembali ke tempat asal setelah musim sejuk tersebut tamat.

5. Berhibernasi


Ular
Ular dan tupai akan makan banyak sebelum cuaca sejuk dan mereka akan berhibernasi selepas itu. Hibernasi adalah untuk mengelakkan tenaga habis digunakan dan semasa hibernasi, semua kegiatan akan berhenti. Hanya tinggal pernafasan pada masa itu.
CUACA SANGAT PANAS
Cuaca melampau boleh menjelaskan aktiviti haiwan. Dalam cuaca panas, masalah utama yang dihadapi oleh haiwan ialah kehilangan banyak air. Oleh itu, haiwan mempunyai ciri-ciri dan kelakuan khas bagi melindungi diri daripada cuaca panas.
Cara hidup haiwan di kawasan sejuk adalah seperti berikut:

1. Bonggol

Unta

Unta mempunyai bonggol pada belakangnya untuk menyimpan makanan dan air bagi membolehkannya hidup di gurun yang sangat panas dan kering.
2. Berkubang Di Dalam Air Atau Lumpur
Badak Air

Haiwan seperti badak air dan kerbau berkabung dalam air atau lumpur untuk menyejukkan badan.
3.  Bersembunyi di bawah tanah atau lubang


Kala Jengking
Tanah yang basah menyejukkan badan. Lubang atau celah pula mengelakkan pancaran matahari yang kuat. Oleh itu, haiwan seperti kala jengking, ular dan biawak sembunyikan diri dalam tanah, lubang atau celah.

4. Telinga Panjang
Jerboa

Jerboa, musang dan gajah mempunyai telinga yang panjang untuk menghilangkan haba dengan cepat.

Sunday 27 March 2016

Ciri Khas Tumbuhan untuk Melindungi Diri daripada Musuh

Tonton video clip di bawah :)


Apakah yang boleh anda perhatikan? Mengapa daun pokok semalu tutup selepas disentuh?

Adakah sebab pokok semalu malu? :) Atau ia melindungi diri daripada musuh???

Tumbuh-tumbuhan mempunyai pelbagai ciri untuk melindunginya daripada musuh. Ini adalah penting untuk menjamin kemandiran mereka.

Contoh ciri-ciri khas tumbu-tumbuhan adalah seperti berikut:


CIRI KHAS UNTUK MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH



Duri Tajam
Kaktus

Ros
Kaktus dan bunga ros mempunyai duri yang tajam untuk melindungi diri.

Getah
 
Nangka
Keladi
Nangka dan keladi mempunyai getah putih yang akan menyebabkan gatal.

Bulu Halus
 
Buluh

Lalang

Buluh dan rumput lalang mempunyai bulu halus yang akan menyebabkan gatal.

Racun
 
Cendawan
Pong Pong

Cendawan dan pokok pong-pong mempunyai racun.

Bau
 
Rafflesia
Tembakau

Bunga rafflesia dan tembakau mengeluarkan bau busuk agar musuh menjauhi mereka.





Ciri dan Tingkah Laku Khas Haiwan untuk Melindungi Diri daripada Musuh

Cuba menonton video di bawah~


Apakah yang dilakukan oleh seladang apabila ia diserang oleh singa? Adakah ia melindungi diri daripada musuh?

Haiwan-haiwan mempunyai ciri dan tingkah laku khas untuk melindungi diri daripada musuh. Mari kita sama-sama mengenal ciri dan tingkah laku khas tersebut~~





CIRI KHAS UNTUK MELINDUNGI DIRI

Cangkerang Keras

Penyu



Kura-kura
Sisik Keras

Tenggiling



Buaya

Duri Tajam


Landak
Ikan Buntal

Tanduk

Lembu


Rusa
Bisa

Ular



Kala Jengking



TINGKAH LAKU KHAS UNTUK MELINDUNGI DIRI







Tenggiling mengulungkan badannya






Sigung mengeluarkan bau busuk






Burung kakak tua berpura mati






Cicik memutuskan ekornya






Bunglon menukar warna badannya






Gajah hidup secara berkumpulan