Labels

Monday 28 March 2016

Ciri Khas Haiwan untuk Melindungi Diri Daripada Cuaca Melampau

Kenapa gajah-gajah tersebut mandi dalam lumpur yang kotor???

 

Haiwan hidup dalam pelbagai habitat. Sesetengah haiwan hidup di habitat yang mempunyai cuaca yang melampau, sama ada sangat panas atau sangat sejuk. Bahagian kutub bumi merupakan kawasan yang paling sejuk. Haiwan-haiwan yang tinggal di sana mempunyai ciri-ciri dan kelakuan khas untuk melindungi diri daripada cuaca sejuk. Haiwan yang hidup dalam cuaca yang sejuk adalah seperti beruang kutub, penguin, singa laut, walrus, musang artik dan ikan paus.

CUACA SANGAT SEJUK
Cara hidup haiwan di kawasan sejuk adalah seperti berikut:
1. Berbulu Tebal
Beruang kutub
 Bulu tebal beruang kutub membantu memerangkap haba badan.

2. Lapisan Minyak Yang Tebal


Ikan Paus
Walrus
Singa Laut
Penguin
Ikan paus, walrus, singa laut dan penguin mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulit. Lapisan lemak berfungsi sebagai penebat haba untuk mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran dalam iklim yang sejuk.

Badan mereka juga membakar lemak tersebut untuk mendapat haba semasa berasa sejuk.
3. Telinga Kecil
 
Musang Kutub
Beruang Kutub

Musang kutub dan beruang kutub juga mempunyai telinga kecil untuk mengurang kehilangan haba badan.

4. Berhijrah

Burung Layang-layang

Burung layang-layang akan berhijrah ke tempat yang lebih panas semasa musim sejuk dan terbang kembali ke tempat asal setelah musim sejuk tersebut tamat.

5. Berhibernasi


Ular
Ular dan tupai akan makan banyak sebelum cuaca sejuk dan mereka akan berhibernasi selepas itu. Hibernasi adalah untuk mengelakkan tenaga habis digunakan dan semasa hibernasi, semua kegiatan akan berhenti. Hanya tinggal pernafasan pada masa itu.
CUACA SANGAT PANAS
Cuaca melampau boleh menjelaskan aktiviti haiwan. Dalam cuaca panas, masalah utama yang dihadapi oleh haiwan ialah kehilangan banyak air. Oleh itu, haiwan mempunyai ciri-ciri dan kelakuan khas bagi melindungi diri daripada cuaca panas.
Cara hidup haiwan di kawasan sejuk adalah seperti berikut:

1. Bonggol

Unta

Unta mempunyai bonggol pada belakangnya untuk menyimpan makanan dan air bagi membolehkannya hidup di gurun yang sangat panas dan kering.
2. Berkubang Di Dalam Air Atau Lumpur
Badak Air

Haiwan seperti badak air dan kerbau berkabung dalam air atau lumpur untuk menyejukkan badan.
3.  Bersembunyi di bawah tanah atau lubang


Kala Jengking
Tanah yang basah menyejukkan badan. Lubang atau celah pula mengelakkan pancaran matahari yang kuat. Oleh itu, haiwan seperti kala jengking, ular dan biawak sembunyikan diri dalam tanah, lubang atau celah.

4. Telinga Panjang
Jerboa

Jerboa, musang dan gajah mempunyai telinga yang panjang untuk menghilangkan haba dengan cepat.

23 comments:

  1. Yey this is ama z jshech
    sgwywfqjqkvqvwuauwhwhwwhw

    ReplyDelete
  2. I can do my homework....thank you
    ..

    ReplyDelete
  3. Thx this really help my homework!

    ReplyDelete
  4. Tolong tambah ciri-ciri dan tingkah-laku khas bagi haiwan di atas😊

    ReplyDelete
  5. My son is now so smart of sains now

    ReplyDelete
  6. Selain dari tu ada lagi tak

    ReplyDelete
  7. Good I like animals 🥰🥰

    ReplyDelete
  8. This is some nice info! Thx for the help I can do science better now :D

    ReplyDelete