Kenapa gajah-gajah tersebut mandi dalam lumpur yang kotor???
Haiwan hidup dalam pelbagai habitat. Sesetengah haiwan hidup di habitat yang mempunyai cuaca yang melampau, sama ada sangat panas atau sangat sejuk. Bahagian kutub bumi merupakan kawasan yang paling sejuk. Haiwan-haiwan yang tinggal di sana mempunyai ciri-ciri dan kelakuan khas untuk melindungi diri daripada cuaca sejuk. Haiwan yang hidup dalam cuaca yang sejuk adalah seperti beruang kutub, penguin, singa laut, walrus, musang artik dan ikan paus.

CUACA SANGAT SEJUK
Cara hidup haiwan di kawasan sejuk adalah seperti berikut:
1. Berbulu Tebal
![]() |
Beruang kutub |
Bulu tebal beruang kutub membantu memerangkap haba badan.
2. Lapisan Minyak Yang Tebal
![]() |
Ikan Paus |
![]() |
Walrus |
![]() |
Singa Laut |
![]() |
Penguin |
Ikan paus, walrus, singa laut dan penguin mempunyai lapisan
lemak yang tebal di bawah kulit. Lapisan lemak berfungsi sebagai
penebat haba untuk mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran dalam
iklim yang sejuk.
Badan mereka juga membakar lemak tersebut untuk mendapat haba semasa berasa sejuk.
3. Telinga Kecil
![]() |
Musang Kutub |
![]() |
Beruang Kutub |
Musang kutub dan beruang kutub juga mempunyai telinga kecil untuk mengurang kehilangan haba badan.
4. Berhijrah
![]() |
Burung Layang-layang |
Burung layang-layang akan berhijrah ke tempat yang lebih panas semasa musim sejuk dan terbang kembali ke tempat asal setelah musim sejuk tersebut tamat.
5. Berhibernasi
![]() |
Ular |
Ular dan tupai akan makan banyak sebelum cuaca sejuk dan mereka akan berhibernasi selepas itu. Hibernasi adalah untuk mengelakkan tenaga habis digunakan dan semasa hibernasi, semua kegiatan akan berhenti. Hanya tinggal pernafasan pada masa itu.
CUACA SANGAT PANAS
Cuaca melampau boleh menjelaskan
aktiviti haiwan. Dalam cuaca panas, masalah utama yang dihadapi oleh
haiwan ialah kehilangan banyak air. Oleh itu, haiwan mempunyai ciri-ciri
dan kelakuan khas bagi melindungi diri daripada cuaca panas.
Cara hidup haiwan di kawasan sejuk adalah seperti berikut:
1. Bonggol
![]() |
Unta |
Unta mempunyai bonggol pada belakangnya untuk menyimpan makanan dan air bagi membolehkannya hidup di gurun yang sangat panas dan kering.
2. Berkubang Di Dalam Air Atau Lumpur
![]() |
Badak Air |
Haiwan seperti badak air dan kerbau berkabung dalam air atau lumpur untuk menyejukkan badan.
3. Bersembunyi di bawah tanah atau lubang
![]() |
Kala Jengking |
Tanah yang basah menyejukkan badan. Lubang atau celah pula mengelakkan pancaran matahari yang kuat. Oleh itu, haiwan seperti kala jengking, ular dan biawak sembunyikan diri dalam tanah, lubang atau celah.
4. Telinga Panjang
![]() |
Jerboa |
Jerboa, musang dan gajah mempunyai telinga yang panjang untuk menghilangkan haba dengan cepat.